Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 22-May-2007 03:21
Ham Radio Promotion
Segamat, 18 Mei. Acara kempen memerangi dadah "Gempadah & Konvoi Amal Belia Benci Dadah" telah dirasmikan oleh Y.B. Dato Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Jam 3 petang di Dataran Segamat.

Sebelum itu pada sebelah pagi telah diadakan pameran dari pelbagai agensi dan yang menarik ialah pada gerai pameran oleh ahli Radio Amatur Segamat atau lebih dikenali sebagai 'Ham Radio'. Pameran yang julung-julung kali diadakan oleh rakan-rakan Ham di Segamat telah menarik perhatian pengunjung.

Terdapat pengunjung yang mengatakan mereka pernah berminat dalam ham radio tetapi tidak tahu cara untuk memiliki AA atau peralatan. Kepada mereka yang telah menuliskan nama di dalam buku lawatan kami, rakan-rakan ham Segamat akan berhubung dengan mereka untuk memberi mereka bimbingan supaya dapat kami meramaikan ham.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 9M2KMA, 9W2KDY & 9W2ZZL dari Bandar Muadzam Shah kerana sudi bersama kami menjayakan program. 9M2KMA telah memasang radio HF dan membuat demostrasi pancaran HF menghubungi station dari Indonesia, Timor-Timor dll.

SHC juga ingin merakamkan terima kasih kepada SWL-SWL Din (penyumbang tapak) Jimmy (sponsored dinner), How, Razali (sponsored lunch), Hwee dan Wahid.

Tidak terlupa juga rakan-rakan ham SHC yang sudi membantu.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.